Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Hanya sehari sebelum sidang kemuncak pemimpin G20 di Johannesburg, Afrika Selatan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan lawatan kerja.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Hanya sehari sebelum sidang kemuncak pemimpin G20 di Johannesburg, Afrika Selatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan lawatan kerja.
00:10Bagi agenda hari kedua lawatan tersebut, kita bersama rakan setugas Hafiz Marzuki.
00:18Baiklah, hari kedua yang cukup padat buat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana kita tahu sebelum ini beliau telah tiba di Johannesburg, Afrika Selatan semalam
00:27dan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di Afrika Selatan ini dengan sesi pertemuan bersama pemimpin Islam di Afrika Selatan.
00:35Dan sejurus selepas itu, beliau bertemu dalam sesi pertemuan dua hala bersama Presiden Afrika Selatan sendiri, Cyril Ramaphosa
00:43di mana mereka berdua berbincang tentang sektor-sektor kerjasama di antara Malaysia dan juga Afrika Selatan.
00:49Dan seperti mana kita tahu, Datuk Seri Anwar berada di Johannesburg, Afrika Selatan untuk menghadiri sidang kebuncak pemimpin G20
00:57atas jemputan Presiden Ramaphosa sebagai pengerusi ASEAN, iaitu Datuk Seri Anwar, iaitu Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini.
01:08Dan sejurus selepas itu, beliau bergerak untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Hilton,
01:13Masjid Tempatan sekitar Johannesburg dan sejurus, itu merupakan separuh hari pertama lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.
01:23Pada separuh kedua untuk lawatan ini pula, Datuk Seri Anwar dijadualkan untuk bertemu dengan Kapten Industri Afrika Selatan
01:31dan juga delegasi perniagaan di Johannesburg Afrika Selatan ini.
01:37Dan selain itu juga, beliau juga dijadualkan untuk menerima ketesi call daripada Naib Presiden Botswana, Endaba Nkosinati Gauh Latih
01:48di mana sudah pasti mereka berdua akan berbincang tentang bagaimana dapat mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua negara ini.
01:55Dan sejurus selepas itu, pada hari yang cukup padat ini, beliau dijadualkan untuk menghadiri satu sesi makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan ini.
02:05dan itu merupakan hari kedua ataupun agenda hari kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok dan lusa
02:12sidang kemuncak pemimpin G20 bermula, kumpulan 20 dan nantikan laporan daripada saya dan jurukamera Nurfitri Zainuri
02:19untuk extra hour ini. Sekali daripada saya, kembali bersama rakan setugas di studio.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended