Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Datuk Verdon Bahanda optimis platform itu kelak mampu menjadi pilihan utama kepada rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang.
Transcript
00:00Gerakan Gelombang Hitam merancang membina sebuah platform atau parti politik yang lebih tersusun
00:06selepas pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17, 29 November ini.
00:10Ahli Parlimen Kudat yang mengetuai Gerakan Gelombang Hitam, Dato' Veldon Bahanda berkata,
00:16Gelombang Hitam telah memulakan langkah perjuangan awal dan asas kukuh perlu dibina
00:21melalui kepimpinan yang berprinsip, berintegriti serta bebas rasuah.
00:26Beliau juga optimis platform itu kelak mampu menjadi pilihan utama kepada rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang.
00:34Mungkin kita akan membina satu platform yang berdasarkan kepada pengalaman yang kita sudah ada semasa pilihan raya kali ini
00:43dan akhirnya kita akan transform kepada sebuah gerakan yang lebih teratur melalui parti
00:49dengan diperkuatkan melalui individu-individu yang sudah diyakini di setiap kawasan yang kami tandingi ini sekarang.
00:59Dan akhirnya platform ini akan menjadi pilihan utama kepada rakyat khususnya di Sabah
01:08apabila berlaku pilihan raya akan datang sama ada pilihan raya umum di peringkat Parlimen maupun di peringkat Dewan Undangan Sabah.
01:17Mengulas soal kesediaan organisasi, Verdon yakin penyusunan parti tidak akan menjadi halangan
01:24memandangkan ahli-ahli gelombang hitam sudah memiliki kepakaran dan peranan masing-masing sejak awal ia digerakkan.
01:32Verdon turut menegaskan komitmen terhadap prinsip dan integriti untuk tidak menerima mana-mana pemimpin
01:38yang keluar daripada parti pada saat akhir dan hanya mahu bertanding di bawah gelombang hitam.
01:44Bagaimanapun, Verdon yang juga calon bebas di kerusi Dun Tanjung Kapur berkata gelombang hitam
01:51tidak menolak menjalin kerjasama selepas PRN Sabah ke-17.
01:55Saya tidak menutup pintu untuk kita berunding dan kita juga mengharapkan supaya apa sejak keputusan yang berlaku itu
02:05akhirnya akan menjadikan pemimpin-pemimpin yang menang pada pilihan raya kali ini bersatu hati
02:12dan membentuk satu kerajaan yang teguh, kukuh demi untuk masa depan Sabah itu sendiri.
02:18Gelombang hitam atau black wave meletakkan calon di 17 kerusi Dun pada PRN Sabah ke-17
02:25dengan misi membawa pembaruan politik dan menyuarakan kepentingan rakyat tanpa dikongkong mana-mana parti.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next