Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Grand Finale Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah menutup siri jelajah tahunan KPDN dengan penganjuran paling besar setakat ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Transcript
00:00Grand finale jelajah karnival KPDN 2025 dan kempen beli barangan Malaysia KBBM Zon Tengah
00:07menutup siri jelajah tahunan KPDN dengan pengisian terbesar setakat ini di dataran kemerdekaan Sya'alam.
00:14Berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 November, karnival ini menghimpunkan inisiatif pengguna,
00:20sokongan produk tempatan, jualan rahmah madani serta hiburan untuk seisi keluarga.
00:25Pengarah KPDN Selangor, Muhammad Zuhairi Madradi berkata karnival tahun ini mengangkat tema ikhtiar kita
00:33untuk semua sebagai usaha mendapingi rakyat melalui aktiviti kepenggunaan, pameran produk tempatan dan hikmat agensi di bawah satu lokasi.
00:43Kita ada program payung rahmah, jualan rahmah besar-besaran, kita ada menu rahmah dan kita juga ada reruai terpanjang
00:49kempen beli barangan Malaysia. Samping itu, kita juga bawa beberapa anchor brand, brand-brand jenama Malaysia terkenal
00:57seperti Petronas, Toda, Alisan, Kristi Eng, TikTok Malaysia. Mereka semua datang menyokong inisiatif-inisiatif dan program-program KPDN
01:05bagi membantu meningkatkan ekonomi tempatan.
01:09Menurut Muhammad Zuhairi, lebih 62 usahawan di bawah kempen beli barangan Malaysia, KBBM turut memeriahkan acara
01:17termasuk 16 jenama besar dari seluruh negara.
01:22Grand final ini bukan sekadar karnival jualan, sebaliknya platform menyampaikan peranan KPDN
01:27serta menyokong pembangunan usahawan tempatan melalui program berskala nasional.
01:31Barang-barangan Malaysia sebenarnya adalah barangan yang sangat berkualiti dan merangkumi keseluruhan skop kehidupan kita
01:40tetapi kadangkala pengguna masih mementingkan barangan luar. Jadi kita hendak mewar-warkan, memberi kesedaran kepada pengguna
01:50bahawa wujudnya barangan-barangan buatan Malaysia yang memang berkualiti, murah dan orang kata halal.
01:58Pengunjung juga disajikan persembahan artis tempatan, baskes, pertandingan keluarga dan segmen pendidikan.
02:06Orang-ramai di seluruh lembah kelang dicemput merebut peluang menghadiri karnival ini dan masuk adalah percuma.
02:14Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi KPDN yang tertera.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended