Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sebanyak sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion telah direalisasikan di Selangor hasil promosi luar negara yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melibatkan sektor utama dan menjana 1,300 peluang pekerjaan.
Transcript
00:00Selangor telah melaksanakan sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion hasil usaha promosi luar negara yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Oktober lalu.
00:12Exko Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Eng Zahan berkata, projek perkenaan dijangka mewujudkan 1,300 peluang pekerjaan dalam sektor seperti elektrik dan elektronik, makanan, logistik dan teknologi digital.
00:26Beliau menjelaskan antara 2023 hingga 2025, Perdana Menteri telah mengetuai 33 misi promosi pelaburan ke 23 negara yang menjana potensi pelaburan mencecah RM493.58 bilion.
00:46Sehingga Januari 2025, sebanyak RM123.8 bilion pelaburan telah diluluskan di seluruh negara, manakala di Selangor sahaja, sembilan projek bernilai RM5.52 bilion telah direalisasikan sehingga Oktober.
01:04Beliau menyatakan pelaksanaan projek yang diluluskan kebiasaannya mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan bergantung skala projek dan keadaan ekonomi.
01:16Mengenai MOU yang dimeterai semasa misi promosi luar negara seperti World Expo Usaka 2025,
01:23Sihan berkata maklumat pelaksanaannya di Selangor tidak disahkan kerana ianya diselaraskan oleh Maidah di peringkat Persekutuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended