Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Bekas pegawai bank, Mohd Khairuddin Jamaludin, mengaku bersalah terima rasuah RM14,883 sebagai dorongan syarikat guaman di Shah Alam.
Transcript
00:00Seorang bekas pegawai bank mengaku bersalah dihadapan Hakim Dato' Muhammad Nasir Nordin atas lima pertuduhan rasuah di Mahkamah Session Satu Sya'alam pada Jumaat.
00:10Tertuduh Muhammad Khairuddin Jamaluddin, 33 tahun, didakwa menerima wang suapan sebagai dorongan mencadangkan sebuah firma guaman untuk menyediakan dokumen perjanjian pembiayaan perumahan kepada beberapa pelanggan.
00:22Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairuddin melakukan perbuatan tersebut sekitar Julai 2018 hingga Februari 2023 dengan menerima sejumlah RM14,883 ke dalam akaunnya menerusi lima transaksi daripada sebuah firma guaman.
00:39Beliau juga didapati gagal melaporkan pemberian rasuah itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
00:44Kesalahan tersebut didakwa di bawah Seksyen 25-1 Akta SPRM 2009.
00:49Pendawaan dilakukan oleh Timbalan Penawaraya Nurul Izzati Sapifi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
00:56Mahkamah memutuskan hukuman denda RM20,000 iaitu RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau 4 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended