00:00Seorang anggota agensi penguatkuasaan maritim Malaysia APMM mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah di Mahkamah Session Jenayah 1 Johor Bahru pada Jumaat.
00:11Tertuduh Laskah Kanan Maritim T4 Muhammad Azizi Kamali yang bertugas di Langkawi, didakwa telah meminta dan menerima suapan daripada syarikat LGH Maju Trading melalui pindahan akaun seorang orang tengah.
00:23Perbuatan itu didakwa sebagai dorongan supaya APMM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot milik syarikat berkenaan.
00:37Mengikut pertuduhan, perbuatan tersebut dilakukan sekitar tahun 2022 dan 2023 melibatkan sejumlah wang RM200 hingga RM700.
00:46Muhammad Azizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Kesiksaan itu dibacakan di hadapan Hakim Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail.
01:00Kes dikendalikan pegawai pendakwa SPRM Raiz Adha Ramli manakala tertuduh diwakili Peguam Nur Syuhadah Mahsan.
01:09Pihak pendakwa kemudiannya mencandangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia.
01:16Hakim mengarahkan tertuduh membawa buang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 Disember depan.
Be the first to comment