Petronas Chemicals menyasarkan persekitaran operasi kekal mencabar dalam masa terdekat ketika industri terus berusaha menangani lebihan penawaran yang berterusan.
00:00Petronas Chemicals Grup Berhad mencatat kerugian bersih lebih rendah sebanyak RM289 juta bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 September 2025.
00:12Pada tahun lalu, Petronas Chemicals merekodkan kerugian bersih RM789 juta dalam tempoh sama.
00:18Bursa Malaysia memaklumkan Petronas Chemicals dapat mengurangkan kerugian bersih susulan impak pertukaran asing yang lebih rendah terhadap penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada pengerang Petrochemical Company Sendirian Berhad.
00:35Selain itu, ketiadaan item luar biasa yang dicatatkan dalam suku kedua 2025.
00:41Bagi tempoh sembilan bulan, Petronas Chemicals mencatat kerugian bersih RM1.38 bilion berbanding keuntungan bersih RM656 juta manakala berkurangan sebanyak 10% kepada RM20.88 bilion daripada RM23.21 bilion.
01:01Selain itu, Petronas Chemicals menunjukkan penurunan perolehan hasil sebanyak 15% kepada RM6.78 bilion daripada RM7.98 bilion.
01:14Ia disebabkan oleh jumlah jualan dan harga produk lebih rendah serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
01:20Prestasi positif ini hasil disiplin operasi selain gerak kerja logi yang bertambah baik secara menyeluruh sewaktu pelaksanaan aktiviti penyelenggaraan berjadual di logi baja di Sipitang Sabah.
01:34Petronas Chemicals menyasarkan persekitaran operasi kekal mencabar dalam masa terdekat ketika industri terus berusaha menangani lebih penawaran yang berterusan.
01:43Selain pertumbuhan, permintaannya suram dan memberi tekanan ke atas margin.
Be the first to comment