Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Fairuz menjangkakan persaingan di DUN Pintasan pada PRN Sabah kali ini antara yang sengit termasuk berdepan Pandikar, yang merupakan toloh politik veteran.
Transcript
00:00Datuk Fairuz Redan Nekat dengan keputusan bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Negeri PRN Sabah ke-17 demi memperjuangkan hak rakyat khususnya suara belia di Dewan Undangan Negeri Dun Pintasan, bekas Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah-Gagasan Rakyat itu.
00:18Beliau sanggup mempertaruhkan karya politiknya dan kehilangan jawatan dalam parti bagi meneruskan aspirasinya di Dun Berkenaan.
00:30Ketika ditemui Esroawani, Fairuz berkata beliau percaya kuasa sebenar dalam menentukan hala tujuh kepimpinan ialah rakyat, bukannya tangan gait.
00:38Bagi saya, saya membuktikan kepada seluruh rakyat negeri Sabah, terutama di Dun Pintasan, yang menentukan hala tujuh atau kemenangan ini adalah suara rakyat di kawasan itu sendiri.
00:53Jadi, saya membuktikan suara rakyat itu yang jujur akan menentukan siapa pemimpin, baik saya ataupun orang lain.
01:02Tetapi, saya membuktikan bukan kuasa ataupun tangan-tangan gaib itu yang akan menentukan masa depan negeri ini, tapi rakyat akan menentukan masa depan negeri ini.
01:14Selain itu, Fairuz menjagakan persaingan di Dun Pintasan pada PRN Sabah pada kali ini antara yang sengit, termasuk berdepan Tan Sri Paddika Amin Mulia yang merupakan tokoh politik veteran.
01:26Mengenai hala tujuh politik, jika diberikan mandat di Dun Pintasan, Fairuz menegaskan akan berperanan sebagai calon bebas yang mempunyai kuasa penentu bukan sekadar mengikut mana-mana parti.
01:36punak turut mengakui keterbukaan, bekerjasama dengan mana-mana parti selepas PRN, namun menekankan kerjasama itu hanya berlaku jika kedudukan serta arah perjuangannya selari dengan kepulauan rakyat.
01:48Kita calon bebas tetapi bukan calon bebas yang mengikut, tetapi calon bebas yang menang sebagai kingmaker, itu yang pertama.
01:58Jadi kita pastikan siapa kerajaan yang akan memimpin negeri ini, kita pastikan kita gunakan kemenangan ini untuk suara semua, untuk mendapatkan perkara yang baik untuk belia dan juga rakyat Dun Pintasan ini.
02:14Dalam masa yang sama, Fairuz meredahkan sekurang-kurangnya lima parti telah mendekatinya dengan tawaran tertentu.
02:21Begitupun, pendiriannya tetap sama iaitu bukan jawatan yang dicari, sebaliknya perjuangan mengangkat suara rakyat yang bakal diwakilinya.
02:28Dalam PRN Sabah ke-17, Fairuz berdepan saingan sebelas penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Dun Pintasan atas tiket bebas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended