Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dahulu, perjalanan ke kawasan pedalaman Pensiangan mengambil masa berhari-hari sehingga penduduk terpaksa bermalam di tengah belantara.

Jika jalan hutan rosak akibat hujan lebat, tiada lagi pilihan selain menggunakan bot melalui beberapa sungai yang boleh mencecah lebih tiga jam dari Pekan Nabawan, dengan kos hampir ribuan ringgit.

Namun kini, projek pembinaan jalan raya Pagalungan ke Pensiangan yang akan siap tidak lama lagi memberi sinar kepada penduduk setempat.

Untuk melihat sendiri perubahannya, kita bersama Khalis Khadir yang menelusuri kawasan pedalaman di selatan Sabah itu.
Transcript
00:00Baik dahulu perjalanan ke kawasan pedalaman pensiangan mengambil masa berhari-hari sehingga penduduk terpaksa bermalam di tengah belantara.
00:09Jika jalan hutan rosak akibat hujan lebat, tiada lagi pilihan selain menggunakan bot melalui beberapa sungai yang boleh mencecah lebih 3 jam dari pekan abawan dengan kos hampir ribuan ringgit.
00:20Namun kini projek pembinaan jalan raya pagalungan ke pensiangan yang akan siap tidak lama lagi memberi sinar kepada penduduk setempat.
00:27untuk melihat sendiri perubahannya kita bersama Kalis Kader yang menelusuri kawasan pedalaman di Selatan Sabah itu.
00:34Silakan Kalis dengan laporan anda.
00:41Onsoi Farhan Hakimi, benar sejak sekian lama dari zaman nenek moyang mereka lagi pensiangan menantikan jalan raya yang tidak kunjung tiba.
00:50Namun, itu adalah sebelum proses fasa 1 membabitkan naik taraf jalan raya dari Sapulut ke Pagalungan.
00:59Boleh dikatakan tiada sinar di pensiangan.
01:01Namun, semuanya berubah selepas fasa 1 itu hampir siap sepenuhnya dan kini boleh dilalui oleh kenderaan dari Sapulut ke Sepanggak ke Kapung Salung dan seterusnya ke Pekan Pagalungan.
01:13Membabitkan 38 km, RM380 juta, memanfaatkan lebih 30 kampung, memberikan manfaat juga kepada lebih 11,000 penduduk.
01:24Tetapi, ini kita pula berbicara tentang fasa kedua.
01:27Ini adalah tumpuannya ke pensiangan.
01:30Dari Pagalungan ke pensiangan jalan itu sedang dibina.
01:34Membabitkan kos RM100 juta.
01:36Dan sudah tentu, limpahan akses itu sudah pun mula dirasai oleh penduduk setempat walaupun projeknya akan disiapkan dalam beberapa tahun lagi.
01:45Kita dengarkan suara penduduk ketua kampung mampu pensiangan.
01:52Daripada zaman dulu hingga zaman kini, memang kemajuan di sini memang sederhanal.
01:58Tidak semestinya kemajuan di sini memang tidak berapa begitu memuas.
02:08Ya, tapi syukurlah sebab jalan dari Pagalungan, dari Nabawan ke pensiangan ini sudah pun dibuat oleh pihak kerajaan.
02:22Dari kami berterima kasih kepada pihak kerajaan dapat melaksanakan jalan raya daripada Pagalungan ke pensiangan ini.
02:39Ini adalah permulaan, bukan penamat.
02:42Pastinya masih banyak lagi usaha-usaha yang boleh ditambah baik dari segi pendidikan, kesihatan dan itulah hasrat penduduk kampung di pensiangan.
02:50Dan kita dengarkan apa yang disuarakan oleh mereka.
02:55Sebab dari dulu ini, dulu begitu-begitu saja itulah masalah kami di kampung, tiada kemajuan.
03:01Sebab mau bikin kabun pun tiada tempat jual.
03:05Dari kalau boleh, kerajaan menyambungkan jalan sampai di pensiangan ini sekarang jalan.
03:11Dari kalau boleh, kerajaan bantu kami sampai di tempat kami di saliliran.
03:15Dan itulah masa kami punya orang, macam sekolah-sekolah, tiada pendapatan di sana.
03:23Jadi belanja budak-budak pun susah mau dapat.
03:27Kecuali mau keluar di bandar, cari kerajaan baru boleh.
03:31Kalau tempat kami itu paling pelucuk, pelucuk air, paling jauh, dekat Simpa dan Indun sudah.
03:40Ada kemajuan sikit, tapi ada perubahannya yang kami paling bangga jalan raya.
03:45Selain dari itu, sekolah lah, itu sejak kan.
03:53Dulu tiada sekolah sini, kisah-kisah dulu, sekolah dia di kampung 1, jalan kaki dari sini,
04:02lepas itu ikut perahu, lepas itu jalan kaki dari Agis, jalan kaki sampai Agis, sampai di Nabawan.
04:11Di sana sekolah dulu kan, belum ada sini.
04:15Itu sekarang yang kita bangga sekarang, ada sekolah, jalan raya, itu sajalah.
04:22Yang selain itu, tiada.
04:28Itu sempat saya temui dengan Ketua Kampung Saliliran, Sangu Bio,
04:34yang memaklumkan perjalanannya dari Saliliran, perlu berjalan kaki 3 jam ke Sinapar,
04:40kemudian barulah menaiki bot ke Persiangan, hampir 3 jam lagi.
04:45Sebelum mereka dapat tembus ke Pekan Nabawan.
04:48Itu adalah suara-suara mereka, hasrat dan apa yang mereka inginkan perubahan pada masa akan datang.
04:54Dan sudah tentu, kami dapatkan juga calon-calon untuk di Dun Nabawan ini, 9 penjuru.
05:00Sebelum ini, kita temuramah dengan calon Barisan Nasional, Laiji Om Pongoh.
05:05Kali ini, kami sempat bertemu dengan calon warisan, Alfiantun Ahmad Koroh.
05:09Dan pastinya, banyak lagi, ramai lagi calon yang turun di Persiangan ini.
05:14Tetapi pada masa ini, kita dengarkan dahulu calon daripada warisan.
05:17Pertanian adalah satu sumber pendapatan.
05:21Pendapatan dari kampung-kampung, penduduk-penduduk di kampung di Nabawan.
05:26Jadi, usaha apa yang kita mau lakukan adalah untuk membantu mereka
05:30untuk meningkatkan ekonomi mereka dari segi untuk memberi mereka benih
05:45untuk ditanam di kawasan masing-masing dan untuk usaha kita untuk memberi mereka peluang
05:53untuk menjual hasil-hasil pertanian mereka di luar daerah.
06:04Itu adalah suara-suara calon.
06:09Sebelum ini, Barisan Nasional ini adalah warisan dan pastinya lebih ramai calon yang kita akan dapatkan.
06:13Tetapi sebelum kembali ke Bukit Jalil, saya ingin sampaikan salam kasih kepada gadis-gadis murud tahul.
06:21Sampaikan salam kasih dan sayang saya kepada ibu dan bapa anda yang telah memberikan kami layanan mesra
06:26sepanjang dua-tiga hari kami bermalam di kampung pensiangan dengan ucapan
06:32Tuvong Karamuvon
06:33Karamuyan no aku asangi om kusihi
06:38yang bermaksud, terima kasih banyak saudara-saudari di kampung pensiangan yang saya kasihi dan sayangi.
06:44Terus saja kepada rakan tugas di Bukit Jalil, Farhan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended