00:00Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia atau Madrid menerusi misi penerokaan pasaran ke Mumbai
00:06membimbing syarikat pertengahan negara untuk memanfaatkan ekonomi India yang berkembang pesat.
00:13Empat syarikat menyertai misi itu untuk memperkukuh kerjasama dengan peserta ekosistem perniagaan dinamik India,
00:19memanfaatkan prospek ekspor baharu dan meningkatkan keterlihatan.
00:23Misi yang bermula dari 19 hingga 21 November itu mencerminkan komitmen teguh Madrid untuk menyokong syarikat Malaysia menembusi pasaran pertumbuhan tinggi seperti India.
00:37Madrid menerusi satu kenyataan berkata, misi itu dirangka untuk menempa kerjasama strategik baharu,
00:43menggalakkan penyelesaian perniagaan yang inovatif dan mampan.
00:47Selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pembekal yang kompetitif dan berkeupayaan melalui program pembangunan syarikat peringkat pertengahan.
00:58Delegasi Malaysia turut menyertai ekspor perdagangan dunia ke-6 dan sidang kemuncak ekonomi global ke-10 di Mumbai
01:06untuk mempertingkatkan penjenamaan di peringkat global serta meneroka perkongsian baharu.
01:11Sementara itu, India selaku ekonomi ke-5 terbesar dunia terus mencatatkan penggunaan domestik kukuh dan perkembangan industri yang pesat
01:20sekaligus membuka pelbagai peluang baharu untuk pengekspor Malaysia.
01:25Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan India meningkat 10.8% kepada RM83.5 bilion berbanding angka pada 2023.
01:36Ekspor Malaysia ke India pula menjejah RM5.21 bilion didorong oleh produk berasaskan minyak sawit, komponen elektrik dan elektronik,
01:47logam perkilangan, produk kimia dan petrolium mentah.
Be the first to comment