00:00Pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia bagi 2025 dijangka melebihi pengeluaran tahun lalu dengan unjuran jumlah pengeluaran melebihi 19.5 juta tan, meningkat daripada 19.3 juta tan yang direkodkan pada 2024.
00:15Pengurusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Muhammad Helmy Uthman Rab Basha berkata, peningkatan ini disokong oleh harga yang menggalakkan.
00:23Setakat ini berdasarkan pengeluaran dan harga semasa, ekspor Malaysia juga berkemungkinan lebih tinggi.
00:32Bagaimanapun, minyak sawit mentah Malaysia berdepan beberapa cabaran seperti perusak, penyakit, serangan rumpai, kemerosotan kesuburan tanah serta impak perubahan iklim yang semakin buruk.
00:43Jika tidak diuruskan, ancaman ini berisiko menjejaskan kemajuan selama beberapa dekad dan menggugat kemampanan jangka masa panjang.
00:53Kebimbangan besar adalah reput pangkal batang yang disebabkan oleh kulat di samping penyakit bintik pada daun serta patogen baru yang terus menjejaskan produktiviti.
01:03Selain itu, ulat bungkus masih menjadi antara serangga pemakan daun paling serius di ladang kelapa sawit mampu menyebabkan peluruhan daun yang teruk dan kerugian hasil yang besar jika tidak dikawal.
01:17Pada masa ini, reput pangkal batang dan serangan ulat bungkus kekal sebagai dua ancaman perusak dan penyakit yang paling menjejaskan sektor sawit Malaysia.
Be the first to comment