Amerika Syarikat menarik balik tarif 40 peratus ke atas produk makanan dari Brazil, termasuk daging lembu, kopi, koko dan buah-buahan yang sebelum ini dikenakan pada Julai lalu sebagai tindakan menghukum Brazil susulan pendakwaan bekas presidennya, Jair Bolsonaro.
00:00Amerika Syarikat menarik balik tarif 40% ke atas produk makanan dari Brazil termasuk daging lembu, kopi, koko dan buah-buahan yang sebelum ini dikenakan pada Julai lalu sebagai tindakan menghukum Brazil, susulan pendakwaan bekas Presidennya, Jair Bolsonaro.
00:18Langkah yang diumumkan Presiden Donald Trump itu menyusul apabila White House membuat pusingan you dalam beberapa dasar tarif yang sebelum ini meningkatkan kos makanan di Amerika Syarikat.
00:30Mengikut arahan rasmi yang dikeluarkan White House, penarikan balik tarif itu berkuat kuasa terhadap semua import dari Brazil pada atau selepas 13 November.
00:40Ia juga mungkin memerlukan bayaran balik terhadap duti yang telah dikutip ketika tarif berkenaan masih berjalan.
00:47Brazil mebekalkan hampir 1 per 3 keperluan kopi di Amerika Syarikat dan pebekal utama daging lembu yang digunakan untuk menghasilkan burger.
Be the first to comment