Tabung Haji menjelaskan bahawa kadar penolakan tawaran haji sebanyak 50 peratus merujuk kepada musim haji 1446H/2025M, dengan faktor utama melibatkan simpanan tidak mencukupi, manakala musim haji 1447H/2026M menunjukkan penolakan lebih rendah hasil peringatan awal dan kempen simpanan.
00:00Lembaga Tabung Haji TH menjelaskan bahawa kadar penolakan tawaran haji sebanyak 50% yang dilaporkan sebelum ini sebenarnya merujuk kepada musim haji 29.025 bukan musim haji akan datang.
00:14Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, TH menyatakan faktor utama penolakan musim lalu adalah simpanan yang tidak mencukupi dalam kalangan pendeposit.
00:23Analisis TH mendapati ramai bakal jemaah pada musim 1446 Hijrah 2025 Masihi tidak memiliki simpanan minimum yang melayakkan mereka menyerima tawaran haji.
00:37Bagi menghadapi musim 1447 Hijrah 2026 Masihi, TH telah melaksanakan peringatan berkala sejak Ogos untuk mendorong bakal jemaah membuat persiapan kewangan, kesihatan dan ilmu pengetahuan.
00:51Langkah proaktif itu yang turut menjadi sebahagian daripada inisiatif peremajaan jenama TH menunjukkan perkembangan positif.
01:00TH memaklumkan kadar penolakan bagi musim 1447 Hijrah 2026 Masihi adalah lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini hasil kempen simpanan dan peringatan awal.
01:13Setiap bakal jemaah perlu mempunyai simpanan minimum RM15,000 untuk melayakkan mereka menerima tawaran atau mengemukakan rayuan.
Be the first to comment