Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Datuk Rohani Ibrahim menasihatkan orang ramai agar membuat pertimbangan sebelum meninggalkan pekerjaan tetap untuk mendulang emas. Aktiviti ini memerlukan masa, tenaga dan pengetahuan serta hanya sesuai sebagai kerja sampingan. Beliau turut mengingatkan supaya berhati-hati ketika musim tengkujuh berikutan risiko arus deras dan kepala air.
Transcript
00:00Banyak orang ramai yang ingin bergelar pendulang emas disaran untuk membuat pertimbangan yang matang sebelum menyertai aktiviti itu secara sepuluh masa.
00:10Kenyataan itu disuarkan Exko Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Datuk Rohani Ibrahim yang juga berpandangan bahawa aktiviti sedemikian memerlukan masa, tenaga, pengetahuan serta kesanggupan dalam menghadapi cabaran.
00:24Tambahnya lagi individu yang sudah mempunyai pekerjaan tetap tidak perlu meninggalkan sumber rezeki sediada semata-mata untuk mendulang emas.
00:34Jelas rohani, aktiviti mendulang emas adalah bukan mudah dan hanya sesuai dilakukan sebagai kerja sampingan.
00:41Menurut Exko itu, walaupun kerajaan negeri tidak menghalang aktiviti ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat,
00:47namun dinasihatkan agar orang ramai sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama sepanjang tempoh monsoon Timur Laut.
00:55Ketika ini, aktiviti mendulang emas mendapat perhatian selepas kerajaan negeri membenarkan rakyatnya menjalankan aktiviti tersebut.
01:03Sehubungan itu tertimbul desas-desus bahawa ada individu yang berhasrat bagi meninggalkan pekerjaan tetap mereka untuk menjadi pendulang emas sempenuh masa.
01:11Rohani turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika mendulang emas di sungai menjelang musim tengkujuh berikutan risiko arus deras dan kepala air.
01:22Menurut beliau, walaupun mendulang emas sudah menjadi kebiasaan penduduk, namun ketika musim tengkujuh, mereka perlu lebih berhati-hati termasuk bagi individu yang baru mencuba aktiviti ini.
01:32Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan juga bercadang bagi memberi kebenaran atau lesen kepada pelancong luar Kelantan bagi melakukan aktiviti mendulang di negeri ini.
01:41Bagaimanapun, cadangan kebenaran itu hanya untuk aktiviti mendulang secara tradisional tanpa membabitkan penggunaan jentera.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next