Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
APM tingkatkan kesiapsiagaan banjir dengan gabungan laporan rasmi dan pemantauan maklumat tular di media sosial, disokong 789 aset darat, 1,121 aset air dan 20 dron untuk operasi menyelamat.
Transcript
00:00Angkatan dan Pertahanan Awam APM memperhebat kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan banjir dengan menggabungkan laporan rasmi dan pemantauan masa yang nyata, termasuklah maklumat tular di media sosial.
00:13Menurut Timbalan Ketua Pesuruh Jaya Operasi APM Ghazali Abdul Rahman ini bagi memastikan pihaknya dapat mengesal sebarang bencana yang berlaku dengan lebih cepat supaya operasi menyelamat dan bantuan dijalankan dengan segera.
00:27Hujanya APM telah bersiap sedia sejak awal lagi bagi menghadapi Monsun Timur Laut 2025 hingga 2026 yang bermula November hingga Mac tahun depan.
00:38Antaranya dari segi latihan yang diberikan kepada pegawai dan anggota, persiapan aset-aset dan pemantauan kawasan titik panah secara berterusan.
00:45Selain itu, pihaknya juga mengambil perdekatan memantau laporan atau maklumat yang ada dalam media sosial seperti TikTok dan Facebook yang ditularkan oleh penduduk supaya dijadikan maklumat awal bagi menyeluruhkan bantuan tanpa perlu menunggu aduan rasmi daripada mangsa.
00:59Ghazali berkata pada masa ini APM di seluruh negara mempunyai 789 aset berasaskan darat dan 1,121 aset operasi air, manaknya dari segi sokongan operasi udara terdapat lebih 20 drone untuk pengawasan semasa kerja menyelamat.
01:13Beliau berkata pihaknya juga terus memantau situasi cuaca secara berterusan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia-Mak Malaysia dan akan mengambil langkah sewajarnya berdasarkan pelan tindakan yang telah disediakan sekiranya berlaku bencana.
01:25Secara keseluruhan, APM mempunyai 15,392 anggota di seluruh negara yang boleh digerakkan apabila MTL dan ketika ini agensi itu menjalankan pemantauan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berisiko berlaku banjir
01:39dan maklumat lokasi hotspot yang disalurkan oleh Jabatan Pengairan dan Seleran JPS.
01:44Beliau berkata pihaknya juga meningkatkan koordinasi dan perkongsian maklumat antara agensi khususnya dalam menggerakkan aset dan anggota ke lokasi terjejas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended