Skip to playerSkip to main content
Masak lemak cili padi biasa dah sedap, tapi bila masuk mangga muda sekali… terus naik level! Masam, pedas, lemak. Tiga serangkai yang buat licin pinggan 😋🔥

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
5 keping ikan merah – goreng
10-15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai – diketuk
200ml santan pekat
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam
2 biji mangga muda
¼ cawan air.



Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!


#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipe #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #masaklemakcilipadiikanmerah #resipimakmak #resipimudah #FoodieMalaysia
Transcript
00:00Muaz, kau suka makan masak lemak apa?
00:02Masak lemak ayam, ikan keli je macam lah.
00:05Haa, okey. Kali ni, engkak nak buat ikan masak merah.
00:09Ikan apa? Ikan merah.
00:11Masak lemak cili padi.
00:12Ui, ni first time saya try ikan merah masak lemak cili padi.
00:14Kebetulan, semalam pergi Paso, murah pula ikan merah.
00:18Kita belilah.
00:19Alang-alang kan?
00:21Macam ni orang dah buat dia tu kan?
00:22Macam biasa lah kalau masak lemak cili padi, kita guna yang basic je.
00:26Apa? Kunyit dengan cili padi.
00:28Kita tumbuk-tumbuk.
00:30Tumbuk-tumbuk kasor.
00:31Tumbuk lagi. Authentic orang kata kan?
00:33Betul.
00:33Haa, lepas tu kita lebur je dalam periuk.
00:38Masukkan air sikit.
00:39Lepas tu masuk santan.
00:41Gitu je?
00:42Gitu je.
00:43Mudah je?
00:44Haa, memang mudah.
00:45Tapi masak lemak ni kita kena guna api perlahan.
00:49Lepas tu kena selalu kacau.
00:50Kenapa kan?
00:51Barulah apa, santan tu tak berketul-ketul.
00:54Oh, kalau tidak orang cakap santan tu tak pecah lho.
00:57Haa, kan. Dah tak cantik kita punya masak lemak.
01:01Betul jadi potong-potong-tombok.
01:02Haa, kan.
01:03Haa, tengok ni cantik kejadiannya kan?
01:05Haa, kita.
01:05Weh, nanti mesti nak tambah warna ke kat?
01:07Haa, lupa.
01:08Aku masukkan, apa, mangga muda.
01:11Oh, weh, mangga muda?
01:12Mangga muda.
01:13Mangga muda.
01:14Mangga muda mula.
01:16Ada yang muda pun warna-mula mula.
01:18Apa kan, cik?
01:19Bukan kita parut.
01:20Kita parut halus.
01:21Kalau nak buat apa, besar sikit pun tak apa.
01:24Tapi aku nak yang acik-acik ni lah senang nak makan.
01:27Dah sekali suap, ye.
01:28Haa, dah.
01:30Mendidih semua tu, haa, bolehlah.
01:31Masukkan ikan yang kita goreng tadi.
01:33Haa, siap lah.
01:35Kita punya ikan merah masak lemak cili padi.
01:37Oh, remak.
01:38Ada pula mangga muda.
01:39Uh, sedap, weh.
01:41Ingat makan, ingat rasa.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended