Skip to playerSkip to main content
Pancake seafood ala Korea, rangup di luar lembut di dalam! Resipi mudah Haemul Pajeon ni confirm buat anda rasa macam makan kat Seoul. Paling best bila cicah dengan sos pedas masam manis dia… fuhhh!

HAEMUL PAJEON

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada hitam
¾ cawan air
4 sudu besar minyak
Daun bawang
10 ekor udang
1 biji telur
1 biji cili merah | dihiris

Bahan Sos Pencicah:

2 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka
½ sudu kecil serbuk cili
1 batang daun bawang | dicincang
1 sudu kecil bijan | disangai
1 biji cili padi | dihiris

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #haemulpajeon #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa #resipikorea
Transcript
00:00Benda tengah viral kan takkan kita tak cuba?
00:02Jadi hari ni kita nak buat Hamel Pajuan
00:05Pengkek Korea dengan seafood yang rangup dan sedap
00:07Mula-mula, gaulkan udang dengan sedikit lalih hitam dan garam
00:11Bila dah sebati boleh ketepikan
00:12Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum dan tepung jagung
00:15Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata hingga adunan sebati
00:21Pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat
00:26Panaskan minyak di dalam kuali, ratakan
00:31Kemudian cerup daun bawang ke dalam adunan
00:33Dan susun elok-elok di atas kuali
00:37Campurkan adunan ke dalam udang dan gaul rata
00:40Kemudian taburkan udang tu ke atas daun bawang tadi
00:43Susun udang cantik-cantik kemudian tuangkan adunan ke atas daun bawang
00:48Mana yang nampak ada gap tu bolehlah tambahkan adunan tepung
00:51Kemudian bolehlah tambahkan hirisan cili merah
00:54Dan tuangkan telur yang telah kita pukul di atas pinggit
00:58Masak lebih kurang dalam 6 minit hingga bahagian bawah keemasan dan ranguk
01:02Balikkan pinggit perlahan-lahan dengan spatula
01:04Boleh terbalikkan sekali lagi, angkat dan hidang panas-panas
01:07Tapi tak sedap lah kalau tak ada sos percicahkan
01:10Ok, kita satukan kicap, cukur, cili flakes, cili padi, daun bawang dan lijan ke dalam mangkuk kecil
01:17Gaul hingga semua sebatik
01:18Ok, dah siap hamul pejon kita
01:21Memang sedap kalau dicicah dengan sos pedas masam manis ni
01:23Selamat mencuba, ingat makan, ingat rasa
01:26Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended