Skip to playerSkip to main content
Pencuci mulut paling win untuk sejukkan tekak, Puding Bandung Santan! Lembut, beraroma & cukup manisnya. Sesuai untuk hidangan minum petang.

PUDING BANDUNG SANTAN

Bahan-bahan:

3 cawan air
1 tin susu cair
10g agar agar serbuk (1 paket)
1/2 cawan gula (100gm)
2 biji kuning telur
1 kotak santan (200gm)
Sedikit garam
Sedikit essen vanilla
Seketul gula batu (optional)
3-4 sudu makan sirap rose
Sedikit garam

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #pudingbandungsantan #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Hai semua, hari ni saya nak kongsikan satu resepi pencuci mulut yang mudah dan cantik
00:04Puding Bandung Santan
00:05Di dalam mangkuk, masukkan susu cair
00:08kuning telur dan santan
00:12Pukul hingga sebati dan berbuih
00:18Bila dah berbuih, boleh masukkan esen vanila dan kacau sekejap
00:21Ketepikan
00:22Di dalam periuk, masukkan air, gula dan serbuk agar-agar
00:28Kacau sebati, kemudian baru hidupkan api dengan perlahan
00:31Seterusnya, masukkan gula batu dan sirap ros
00:35Kacau sampai mendidih
00:37Kita letak gula batu sebab nak puding kita jadi lebih cantik dan licin
00:40Sekarang, masukkan campuran susu cair dan telur tadi
00:43Kacau tanpa henti sampai mendidih
00:45Kita nak elakkan adunan kita jadi bergetul
00:47Bila dah mendidih kali kedua, tutup api dan masukkan sedikit garam
00:50Kacau dalam lebih kurang 5 minit
00:52Tapiskan adunan, kemudian boleh tuang ke dalam acuan
00:55Saya guna acuan ros
00:56Anda boleh je guna apa-apa acuan yang ada kat rumah
00:58Kalau nak letak dalam loyang pun boleh
00:59Sejutkan seketika pada suhu bilik
01:02Kemudian masukkan ke dalam peta sejuk selama 4 hingga 5 jam
01:05Ok, dah siap puding bantuan santan kita
01:07Maka sejuk-sejuk memang layan
01:09Selamat mencuba
01:10Ingat makan, ingat rasa
01:12Terima kasih kerana mencuba
Comments

Recommended