Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat dengan tumpuan dijangka diberikan kepada pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Transcript
00:00Esok hari Jumaat menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
00:03Datuk Seriano Ibrahim akan membentangkan belanjawan 2026.
00:07Perdana Menteri dijangka membentangkan belanjawan berkenaan pada jam 4 petang di Dewan Rakyat
00:12di mana selain persoalan yang paling popular menjelang belanjawan iaitu warna baju Melayu
00:17yang bakal dikenakan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan,
00:20yang paling penting dalam keadaan rakyat ialah apa yang mereka akan dapat.
00:24Perdana Menteri sebelum ini menegaskan bahawa belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan
00:32keseimbangan antara pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
00:37Beliau malah turut menjelaskan walaupun teori ekonomi menekankan pengukuhan hasil negara,
00:42kerajaan perlu mengambil kira realiti kehidupan rakyat termasuk isu kos sara hidup dan perumahan.
00:48Perdana Menteri juga menegaskan kebijaksanaan kepimpinan adalah dengan memastikan
00:53keseimbangan antara dasar ekonomi yang ideal dengan keperluan rakyat.
00:58Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini pula menjelaskan
01:02belanjawan 2026 akan memperkukuh pelindungan sosial dan meningkatkan daya tahan isi rumah,
01:08manakala pelaburan bakal menumpukan kepada semikonduktor, peralihan tenaga, pendigitalan,
01:14syarikat pemula niaga dan industri masa depan.
01:17Beliau berkata, belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumat ini memberi penekanan
01:22kepada melindungi isi rumah daripada tekanan pada masa ini,
01:26di samping meletakkan asas bagi pertumbuhan masa hadapan.
01:30Berdasarkan gambaran yang diberikan, belanjawan 2026 dilihat memfokus kepada usaha
01:35menjaga periuk rakyat dan pada masa sama memperkukuhkan pasar ekonomi negara
01:40untuk tahun-tahun mendatang.
01:41Sebagai rekod, sejumlah RM421 bilion telah diperuntukkan
01:46untuk belanjawan 2025 Malaysia Bandari.
01:50Berapa yang bakal diperuntukkan untuk 2026?
01:53Sama-sama kita nantikan esok.
01:54Astro Awani akan membawakan laporan langsung dan terperinci
01:58bersama barisan pakar untuk mendalami isi belanjawan 2026 esok.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended