Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bencana di Aceh jejaskan pembelajaran anak-anak. Madrasah merayu bantuan buku, Iqra’ dan al-Quran bagi membantu mereka pulih dan kembali belajar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemusnahan akibat banjir besar di Aceh semakin ketara hampir dua minggu selepas air bah melanda wilayah ini.
00:07Wartawan Isra Awani Saif Akmal berada di Samalanga dan beberapa kawasan sekitar Biron serta Pidijaya menyaksikan puluhan keluarga masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan komuniti untuk meneruskan kelangsungan hidup.
00:20Madrasah Zawiyah Darut Terbiah bertindak pantas membuka dapur umum menyediakan hampir 300 pet makanan setiap hari untuk mangsa yang terputus bantuan.
00:34Selama kami buka lebih kurang ada sekitar hampir 300 porsi orang yang mana kami distribusikan tidak satu tempat kami melihat oh ini sangat layak dan bantuan kami bagi.
00:48Kami tidak memfokuskan satu titik kerana melihat siapa yang sangat berhak kami berikan.
00:57Di Samalanga penduduk berdepan kekurangan makanan, tempat tinggal dan air bersih selepas banyak keluarga kehilangan rumah.
01:05Manakala sungai Batik Ir sumber utama untuk memasak, mencuci dan bersawah kini dipenuhi lumpur.
01:12Pada masa sama, Nazir menegaskan bencana ini turut memberi kesan besar kepada pendidikan anak-anak yang bergelut meneruskan pembelajaran dalam keadaan serba kekurangan.
01:23Kami membutuhkan dokongan untuk pendidikan agar anak-anak ini terarah dan faham bagaimana mengelola emosi mereka ketika musibah dan ada bantuan seperti buku, ikhrak dan Quran.
01:35Data Badan Nasional Penanggulangan Bencana BNPB menunjukkan jumlah warga kehilangan rumah di Aceh menunjukkan penurunan ketara, khususnya di Aceh Utara yang turun hampir separuh pada Selasa.
01:49Secara keseluruhan, jumlahnya kini mencatatkan penurunan kepada 894.000 orang berbanding lebih 1 juta sebelumnya.
01:57Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended