Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut laporan The Washington Post, berjuta-juta individu yang sudah berada di AS turut diperiksa, dengan tumpuan khusus terhadap penglibatan mereka dalam talian bagi tujuan membatalkan visa sekiranya terdapat bukti pelanggaran tempoh tinggal atau aktiviti jenayah.
Transcript
00:00Pegawai kustom dan pelindungan sempadan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelancong yang memasuki negara itu membuka akses kepada hantaran media sosial mereka sepanjang 5 tahun lalu.
00:13Perkara itu dimaklumkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Cadangan setebal 11 halaman itu diterbitkan dalam daftar persekutuan untuk ulasan awam selama 60 hari dan belum boleh digunapakai dari segi undang-undang.
00:26Ketetapan itu jika dilaksana melibatkan platform seperti TikTok, X dan Instagram.
00:34Semua pelancong yang memasuki Amerika melalui sistem elektronik kebenaran perjalanan ESTA dijangka terjejas.
00:41ESTA membenarkan perjalanan tanpa visa dari lebih 40 negara dengan tempoh berada dalam Amerika Syarikat sehingga 90 hari.
00:49Menurut Jabatan Berkenaan, prosedur baharu itu adalah bagi mematuhi perintah eksekutif yang dikeluarkan pada Januari 2025 untuk melindungi Amerika Syarikat daripada pengganas asing serta ancaman keselamatan negara dan keselamatan awam lain.
01:06Semakan meneteri media sosial itu merupakan sebahagian daripada pakej peraturan lebih besar yang akan mengawal pengumpulan data individu yang memasuki dan meninggalkan Amerika.
01:15Dalam perkembangan berkaitan, Perkhidmatan Kewarga Negaraan dan Imigresen Amerika Syarikat, USCIS, turut mengumumkan semakan terhadap bakal pendatang bagi mengesan kemungkinan kenyataan anti-Amerika di internet.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended