Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Transcript
00:00Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansur daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih 7 juta ringgit dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada lembaga hasil dalam negeri LHDN.
00:19Notis penarikan balik rayuan yang dikemukakan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan pada 9 Nisan berlalu menyatakan mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan tersebut.
00:30Dengan itu, pengurusan kes yang telah ditetapkan pada 22 Disember ini dilapangkan dan rayuan tersebut terbatal sebagaimana diperuntukkan di dalam Aturan 73 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.
00:43Sementara itu, Peguam Datuk Amir Hamzah Arsyad yang mewakili Rosmah berkata pihaknya lega Rosmah dibebaskan sepenuhnya dan kes kini ditutup secara muktamat.
00:52Pada 19 Disember 2024, Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandi melepas dan membebaskan Rosmah daripada pertuduhan terbabit selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan kesemua tuduhan terhadapnya
01:04atas alasan tuduhan tersebut tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam tuduhan dikenakan.
01:12Pada 4 Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.
01:24Perbicaraan bermula 24 Ogos 2023 dengan dua saksi memberi keterangan di mahkamah.
01:31Selain kes ini, Rosmah juga sedang merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kes rasuah melibatkan projek sekolah luar bandar Solar Hybrid 369 sekolah.
01:45Tarikh pendengaran rayuan itu di Mahkamah Rayuan belum ditetapkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended