Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini berikrar dalam ucapan angkat sumpahnya untuk menghentikan kemasukan pendatang tanpa dokumen ke AS dan memulakan langkah mengusir berjuta-juta daripada mereka kembali ke negara asal.
00:00Amerika Syarikat telah mengusir 600,000 pendatang tanpa dokumen, manakala 1.9 juta lagi telah meninggalkan negara itu secara sukarela sejak pentadbiran Presiden Donald Trump mengambil alih tampuk pemerintahan.
00:13Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataan di PlatformX pada Rabu, 600,000 pendatang tanpa dokumen telah diusir dari wilayah Amerika dalam tempoh kurang 365 hari.
00:24Jelas Jabatan itu, 1.9 juta lagi telah pulang sendiri, menjadikan lebih 2.5 juta pendatang tanpa dokumen sudah tiada.
00:35Jabatan itu turut menyifatkan langkah berkenaan sebagai pencapaian besar.
00:39Untuk ekor, Trump sebelum ini berikra dalam ucapan angkat sumpahnya untuk menghentikan kemasukan pendatang tanpa dokumen ke Amerika.
00:48Antara lain, memulakan langkah mengusir berjuta-juta daripada mereka kembali ke negara asal.
00:54Beliau juga mengisytiharkan darurat negara sebagai tindak balas terhadap krisis di Sempadan Selatan.
Be the first to comment