Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mohd Shahir Shaari berkata walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa pada 1 Jan, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Jan yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.
Transcript
00:00Penjawat awam yang memilih sistem saraan perkhidmatan awam SSPA bakal menerima pelarasan gaji FASA 2 di bawah sistem itu.
00:09Menurut Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Alon Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Muhammad Syahir Syari,
00:16pembayaran akan bermula pada gaji bagi bulan Januari 2026 dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Disember ini.
00:23Katanya walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa pada 1 Januari, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Januari yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.
00:34Beliau berkata pelarasan gaji FASA 2 kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024 dengan kadar 15% untuk kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional PP
00:46serta 7% bagi kumpulan pengurusan tertinggi KPT.
00:50Kata Muhammad Syahir, mereka yang tidak memilih SSPA serta tidak lagi berada dalam perkhidmatan kerajaan pada 1 Januari depan, tidak layak menikmati pelarasan gaji tersebut.
01:01Selain itu, beliau berkata penjawat awam yang menerima markah penilaian prestasi tahunan kurang daripada 75% di bawah sistem My Performance tidak akan terjejas daripada menerima kenaikan gaji bulan depan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended