Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Saksi kejadian menggambarkan suasana panik dengan beberapa murid tercampak dan ada yang terperangkap di bawah kenderaan.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 20 murid dan seorang guru cedera selepas sebuah kenderaan merempuh perhimpunan pagi di Sekolah Dasar Negeri SDN 01 pagi, Kali Baru, Celinceng, Jakarta Utara, pagi Khamis.
00:13Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku sekitar pukul 7 pagi ketika ratusan murid mengikuti aktiviti literasi mingguan di padang sekolah.
00:23Kenderaan dipercaya milik pengelola program makanan berkhasiat percuma kerajaan itu dilaporkan hilang kawalan.
00:29Ia merempuh pintu pagar sekolah sebelum memasuki kawasan perhimpunan dan melanggar murid serta guru.
00:36Saksi kejadian menggambarkan suasana panik dengan beberapa murid tercampak dan ada yang terperangkap di bawah kenderaan.
00:45Salah seorang guru sekolah berkenaan berkata tiada tanda awal sebelum bunyi ditentukan kuat kedengaran dari arah pintu pagar disusuli jeritan dan kekecohan di padang sekolah.
00:55Pihak berkuasa telah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan dan sedang menyiasat punca sebenar kejadian.
01:02Pemandu kenderaan turut ditahan untuk sisiatan lanjut.
01:06Mangsa cedera dikejarkan ke beberapa hospital berdekatan dan keadaan beberapa murid dilaporkan serius namun stabil.
01:12Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended