Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru merupakan satu pencapaian yang membuktikan kemampuan jurutera dan tenaga kerja tempatan dalam membina infrastruktur bertaraf dunia.
Pengarah Eksekutif SIPP Rail Sdn Bhd dan YTL Construction Sdn Bhd (SIPP-YTL JV), Yeoh Keong Yuan berkata, pihaknya bangga kerana diberi kepercayaan dalam menyempurnakan projek berimpak tinggi.
00:00Landasan berkembar gemas Johor Bahru merupakan satu pencapaian yang membuktikan kemampuan jurutera dan tenaga kerja tempatan dalam membina infrastruktur bertaraf dunia.
00:10Pengarah eksekutif SIPP Rail Sendirian Berhad dan YTL Construction Sendirian Berhad, SIPP YTL JV, Yoh Kiong Hiwan berkata, pihaknya bangga kerana diberi kepercayaan dalam menyempurnakan projek berimpak tinggi.
00:23Memang membanggakan kami kerana kita berjaya membina satu infrastruktur baru bertaraf dunia dengan menggunakan engineer-engineer tempatan dan tenaga buruh tempatan.
00:39Jadi bagi kita, kita sentiasa mengamalkan praktis safety yang tertinggi, kualiti yang tertinggi dan sebagainya.
00:46Dan hari ini adalah satu hari yang amat membanggakan kami kerana kita dapat handover projek ini kepada pihak kementerian.
00:53Beliau berkata demikian selepas majlis penyempurnaan dan pengoperasian landasan berkenaan di stesen kempas baru yang disempurnakan oleh pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
01:05Mengulas peranan projek itu dalam pembangunan Johor, beliau berkata negeri berkenaan kini muncul sebagai antara pusat pertumbuhan utama dengan kemunculan pusat data, pembangunan infrastruktur dan zon ekonomi khas Johor-Singapura, JSSZ.
01:18Johor merupakan satu negeri sekarang yang pesan membangun dengan data center, infrastruktur dan juga SCZ.
01:27Dan peranan kita sebagai kontraktor adalah untuk menolong kerajaan pusat untuk mengembangkan lagi investment di Johor.
01:36Jadi kita berbanggalah kerana infrastruktur ini dapat meningkatkan investment, kita dapat mengurangkan jarak daripada Kuala Lumpur sampai Johor baru di segi masa.
01:47Dan sekarang sistem KTM ini hanya 4 jam 20 minit kita boleh sampai daripada Kuala Lumpur sampai Johor baru.
01:53Sebagai simbol penyempurnaan, pengarah urusan SIPPYTLGV, Datuk Seri Yoh Sook Hong menyerahkan projek ini secara rasmi kepada Kementerian Pengangkutan yang diwakili oleh Menterinya Anthony Lok.
02:08Projek strategik ini melengkapkan penghubung terakhir rangkaian tren elektrik dari Padang Besar hingga Johor baru, sekaligus menandakan lonjakan besar dalam transformasi mobiliti negara.
02:18Landasan rail sepanjang 192 km ini dibangunkan oleh SIPPYTLGV sebagai subkontrak terutama tempatan dengan usaha memodernkan koridor rail di Johor melalui pembinaan 11 stesen baharu yang direka berteraskan warisan negeri.
Be the first to comment