Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gimnas negara, Rachel Yeoh membutirkan pingat emas selepas menjuarai acara Women's Uneven Bars bagi kategori gimnastik artistik di Sukan Sea Thailand 2025, pada Khamis.
Transcript
00:00Jimnas Negara Rachel Yohli Wen mempertahankan pingat emas selepas mengungguli acara palang bertingkat pada Temasya Sukansi Thailand 2025 pada Khamis.
00:09Atlet berusia 26 tahun itu mempersembahkan rutin mantap meraih 13.300 mata pada aksi akhir di Gymnasium 5, Campus Trangsit, Universiti Tamasat.
00:20Rachel menewaskan wakil Filipina Hailey Garcia yang meraih 12.300 mata manakala Colleen Hong dari Singapura membawa pulang gangsa dengan 10.933 mata.
00:33Pencapaian terbabit membolehkan Malaysia mengumpul tiga pingat emas setakat ini selepas skuad hoki lima sebelah dan taekwondo turut menyumbang emas pada Rabu.
00:42Edisi di Thailand ini juga dianggap medan ujian bagi mengukur kemampuan sebenar atlet negara sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Tuan Rumah Sukansi pada tahun 2027.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended