Advokat Penglibatan Komuniti & Pengalaman Kehidupan, Hasbeemasputra Abu Bakar menyeru agar Belanjawan 2026 memberi penekanan kepada perlindungan hak dalam ekonomi penjagaan, khususnya bagi golongan OKU dan warga emas, dengan pelaburan yang dinilai berdasarkan kualiti hidup dan bukan semata-mata KDNK.
00:00Wujud keperluan mendesak untuk menilai semula pendekatan negara terhadap ekonomi penjagaan atau care ekonomi dengan memberi penekanan kepada pelindungan hak sebagai teras utama menjalan pembentangan belanjawan 2026 Oktober ini.
00:12Menurut Perunding Penglibatan Komuniti dan Pengalaman Kehidupan, Hasbi Masputera Abu Bakar, jurang ketara dalam kebanyakan mekanisme dasar semasa ialah ketiraan pelindungan hak yang menyeluruh khususnya bagi golongan orang kurang upaya, OKU dan populasi menua.
00:30Tegasnya, hak untuk akses kepada perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan adalah penting, namun hak kepada rehat dan dekreasi, akses kepada hobi serta keterlibatan dalam masyarakat adalah lebih penting bagi golongan tersebut.
00:42Beliau turut mencadangkan agar mekanisme yang mempromosikan hak serta undang-undang menangani penafian dan pelanggaran hak diperkenalkan dan dibiayai secara khusus.
00:50Dalam konteks pelaburan, belum menyatakan bahawa penilaian harus dibuat berdasarkan kualiti hidup, bukan semata-mata petunjuk ekonomi seperti keluaran dalam negara kasar KDNK.
01:01Menurutnya, hidup berkualiti atau hidup bermaruah merangkumi kesejahteraan emosi, penglibatan dalam masyarakat, kesihatan fizikal dan mental, kebebasan kewangan, peluang untuk memperbaiki diri serta jaminan hak.
01:12Saya rasa langkah paling berani adalah protection of rights dari segi perundangan. Kita perlu perlindungan dari segi perundangan untuk memastikan semua rakyat Malaysia ada hak sama rata dan boleh hidup dengan bermaruah.
01:32Dan harapan saya untuk belanjawan 2026, benda ini mungkin besar, tak akan dapatlah. Tapi saya nak 12% GDP untuk perhebatan kesihatan. Kalau tak dapat 12%, 5% pun ok.
01:46Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Khamis.
Be the first to comment