00:00Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah satu hari nanti, pendidikan diberikan penekanan utama kerajaan negeri.
00:16Justru golongan mahasiswa dan pelajar disantuni, suara mereka didengari dan keperluan mereka dipenuhi.
00:23Menerusi Belanjawan Sabah 2025, dua program bantuan baru kepada institusi pendidikan dan para pelajar di negeri ini diperkenalkan.
00:31RM127 juta diperuntukkan untuk program beasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar yang melibatkan 7,130 pelajar aktif yang sedang menerima manfaat.
00:43Bantuan baru itu termasuklah sumbangan kepada mahasiswa IPT dalam Sabah Sentosa dan sumbangan kegiatan sekolah Sabah Sakses.
00:51Sumbangan Sentosa secara sekali bayar dibayar sebanyak RM300 seorang dan bantuan itu adalah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini.
01:01Sementara sumbangan sukses secara sekali bayar sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah bagi tujuan membiayai program sekolah.
01:10Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Sabah Maju Jaya, pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur turut meningkatkan peruntukan beasiswa pendidikan daripada RM50 juta kepada RM128 juta bagi menyantuni keperluan pelajar dan mahasiswa di negeri itu.
01:28Selain daripada itu, inisiatif dalam bidang pendidikan tidak pernah berlaku dulu.
01:40Biasiswa daripada RM50 juta, kita naikkan sampai RM128 juta pada tahun ini.
01:52Itu pun tidak cukup sebenarnya.
01:58Banyak kejayaan-kejayaan kerajaan ini.
02:03Anak-anak kita di sekolah, pelajar-pelajar tingkatan 5.
02:08Contohnya, kita bagi sebelum mereka duduk peperiksaan, RM200.
02:17Ada RM35,000 hingga RM40,000 penuntut.
02:22Di tingkatan 5 dan juga tingkatan 6 di Sabah setiap tahun.
02:27Prihatin dengan beban kewangan yang ditanggung mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di perantauan,
02:32Kerajaan Sabah memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi IPT awam dan swasta dalam negeri itu
02:40untuk pulang ke kampung halaman, terutama pada musim perayaan di Sabah.
02:46Jelas hajiji bantuan sekali bayar itu bagi menunaikan permintaan daripada pelajar IPT yang terlibat.
02:51Tahun lalu, bantuan subsidi sekali bayar RM600 telah diberikan kepada pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
03:02Inisiatif graduan Rindu Sabah ini bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan atau cuti semester.
03:10Sebagai contoh, pelajar yang berasal dari Tawau dan Sandakan yang sedang belajar di IPT di Kota Kinabalu akan menerima bantuan subsidi tersebut.
03:18Terpulang kepada mereka sama ada mahu menggunakannya untuk membeli tiket kapal terbang, bas atau pengangkutan lain.
03:25Tahun lalu juga, Kerajaan Sabah menawarkan bantuan tunai pendaftaran institusi pengajian tinggi Budi untuk pelajar Sabah yang layak.
03:32Inisiatif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan.
03:40Pemberian bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
03:46Budi pula merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan N40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf kerajaan.
03:57Berbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada rakyat, khususnya pelajar, adalah untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berilmu yang akan membantu membangunkan negeri di bawah bayi ini.
04:11Terima kasih telah menonton!
Comments