00:00Seramai 164 rakyat Malaysia melibatkan pelajar, pengembara, Saltajma Umrah yang terkandas di zon konflik Asia Barat dan menyertai misi evakuasi
00:11dijadwalkan tiba di tanah air daripada Rabu.
00:14Pesawat berkenaan berlepas sekitar jam 10.20 malam waktu tempatan.
00:18Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis Negara Majlis Keselamatan Negara MKN, Fauzan Amin Misnun, selain rakyat Malaysia, kumpulan itu
00:28turut merangkumi lima warga negara Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia terlibat serta seorang warga Indonesia.
00:39Jelas Fauzan, secara keseluruhan, 170 penumpang yang menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala
00:48Lumpur KLIA pada jam 11 pagi hari ini.
00:51Menurutnya kumpulan evakuasi itu dibawa pulang dari empat lokasi iaitu Jeddah di Arab Saudi, Syria, Jordan dan Doha di Qatar.
00:58MKN dalam satu kenyataan memaklumkan proses membawa pulang mereka berjalan lancar hasil kerjasama rapat dengan perwakilan diplomatik Malaysia di Jeddah.
01:08Kesemua yang terbabit juga dilaporkan pulang secara sukarela selepas berdaftar melalui sistem dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri
01:16KLN.
01:17Selain itu, Fauzan memaklumkan secara keseluruhan semua penumpang berada dalam keadaan baik namun terdapat dua individu yang memerlukan perhatian khusus
01:24berikutan masalah kesehatan.
01:26Operasi evakuasi ini dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu segala langkah berkaitan dijalankan segera bagi
01:35memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di rantau tersebut sentiasa terpelihara.
01:39Sebelum ini, pesawat Airbus A330-300 yang digunakan dalam operasi berkenaan selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Raja Abdul Aziz
01:48Jeddah pada jam 8.35 malam waktu tempatan dan hanya diberikan jendela masa yang singkat untuk proses pengambilan penumpang.
01:55Operasi ini diselaras MKN bersama Kementerian Luar Negeri melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara terlibat.
02:03Ketegangan di Asia Barat dilaporkan semakin meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika terhadap Iran diikuti tindak balas
02:11oleh Teheran terhadap kepentingan Amerika di negara-negara teluk.
Comments