00:00Ketegangan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat telah menggoncang pasaran tenaga global susulan kebimbangan terhadap keselamatan bekalan, manakala
00:10kenaikan mendadak harga minyak mentah melonjakkan harga petrol di Amerika Syarikat.
00:16Keadaan itu memaksa rakyat Amerika menanggung beban kos akibat serangan bersama negara itu dan Israel ke atas Iran.
00:25Anadolu agensi melaporkan sebagai tindak balas kepada serangan itu, tindakan Tehran menutup selat Hormuz telah melumpuhkan trafik perkapalan yang melalui
00:35satu daripada titik transit minyak paling kritikal di dunia.
00:39Laluan lintas kapal tangki dirantau itu terhenti sepenuhnya, sekaligus menjejaskan kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global serta penghantaran
00:49daripada pengeluar utama seperti Arab Saudi, Kuwait, Emirah Arab Bersatu, UAE dan Irak.
00:56Beberapa loji penapis minyak dilaporkan menghentikan pengeluaran sebahagiannya, manakala yang lain bertunggu selumus untuk menambah stok simpanan mereka.
01:05Serangan balas Tehran ke atas infrastruktur tenaga negara-negara jiran terus memburukkan lagi krisis bekalan itu.
01:13Harga minyak mentah brand meningkat kepada lebih $114 setong sejak konflik bermula, malah mencecah setinggi $120 setong pada Isnin.
01:23Pengenalisis berpendapat, harga minyak mentah brand boleh mencecah sehingga $150 setong jika serangan ketenteraan di Asia Barat berterusan dan gangguan
01:34bekalan tidak dipulihkan.
01:36Kenaikan harga minyak bukan sahaja menjejaskan kenderaan penumpang, malah turut melonjakkan harga diesel yang merupakan nadi sektor logistik serta bahan
01:46api jet bagi sektor penerbangan.
01:48Ketika kapal tangki tersadai di Selat Hormuz yang mengakibatkan bekalan minyak mentah dunia mengecil, peningkatan kos tenaga kini menjadi tumpuan
01:58kerana ia mampu memberi kesan kepada keseimbangan makroekonomi.
02:03Rizal Persekutuan, FED telah lama berusaha untuk menurunkan inflasi kepada sasaran 2% namun lonjakan harga tenaga baru-baru ini
02:11mungkin memberi tekanan kenaikan semula.
02:14Harga bahan api yang tinggi boleh meningkatkan kos logistik bagi makanan dan barangan keperluan asas lain berikutan lonjakan kos pengangkutan.
02:23Terima kasih telah menonton!
Comments