Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri Minyak India menegaskan bekalan LPG kekal mencukupi ketika kerajaan mengaktifkan peruntukan kecemasan bagi mengutamakan penggunaan domestik, susulan kebimbangan pembelian panik dan gangguan import akibat konflik di Timur Tengah.
Transcript
00:00Seterusnya, Menteri Minyak India Hardip Singh Puri memberi jaminan bahawa tiada kekurangan gas petrolium cecair LPG untuk kegunaan domestik.
00:09Kenyataan dibuat bagi menenangkan pengguna selepas laporan mengenai pembelian panik.
00:17India pengimport LPG kedua terbesar di dunia telah mengaktifkan peruntukan kecemasan untuk mengutamakan keperluan dalam negara
00:24dengan mengarahkan penyuling meningkatkan pengeluaran untuk kegunaan domestik.
00:29Menurut wakil industri, langkah ini menyebabkan sebahagian sektor hospitaliti menghadapi kesukaran mendapatkan silinder.
00:36Puri dalam satu hantaran di PlatformX berkata, import tenaga masih tiba melalui pelbagai sumber dan laluan
00:42dan kerajaan sedang mengambil langkah untuk memastikan bekalan kepada pengguna domestik tidak terganggu serta kekal mampu milik.
00:49Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak panik.
00:52Harga LPG domestik telah dinaikkan buat pertama kali dalam tempoh kira-kira setahun
00:57berikutan konflik di Asia Barat yang meningkatkan kos import
01:00yang merangkumi kira-kira 2 per 3 daripada penggunaan tahunan India.
01:05Qatar, pemberkal gas asli ceria terbesar India, menghentikan pengeluaran minggu lalu selepas Iran
01:10melancarkan serangan ke atas negara-negara teluk sesulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended