Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
British Airways membatalkan semua penerbangan ke dan dari Abu Dhabi sehingga akhir tahun susulan konflik dan ketidakstabilan ruang udara di Asia Barat, selain gangguan ke beberapa destinasi lain sehingga 14 Mac.
Transcript
00:00Syarikat penerbangan British Airways yang dimiliki kumpulan IAG mengumumkan bahawa ia membatalkan semua penerbangan ke dan dari Abu Dhabi sehingga
00:10akhir tahun ini berikutan konflik berterusan di Asia Barat.
00:15Syarikat itu menerusi akaun X mereka memaklumkan ia terpaksa mengurangkan sementara jadual penerbangan di rantau berkenaan akibat ketidaktentuan yang berlaku.
00:26Syarikat penerbangan itu turut membatalkan penerbangan ke Tel Aviv, Amman, Bahrain, Dubai dan Doha sehingga 12 Mac dengan jadual dikurangkan
00:35ke Lanarka.
00:37Penerbangan BA 107 Palang 106 ke Dubai dibatalkan sehingga 14 Mac. British Airways turut merancang operasi penerbangan bagi pelanggan mereka
00:48dari maskat dari 9 hingga 12 Mac.
00:50Syarikat berkenaan juga memberi jaminan ia sentiasa memantau keadaan dan sedang berhubung dengan para pelanggan untuk menawarkan pelbagai pilihan.
01:00Perjalanan udara global terus terjejas teruk selepas perang di Iran memaksa penutupan beberapa hak penerbangan utama di Asia Barat.
01:09Ini termasuk Dubai, Doha dan Abu Dhabi sekaligus menyebabkan puluhan ribu penumpang terkandas.
Comments

Recommended