00:00Presiden Madagascar Michael Rondria Nirina memecat Perdana Menteri Herin Salama Rajau Narivello dan seluruh barisan Kabinet Kerajaan pada Isnin.
00:09Bagaimanapun, setakat ini pihak Kepresidenan tidak memberikan sebarang alasan berhubung tindakan drastik itu.
00:18Pengarah Komunikasi Kepresidenan Harry Lauren Rajasen dalam satu kenyataan dikeluarkan di Antananarivo berkata,
00:24Presiden akan melantik Perdana Menteri yang baharu dalam masa terdekat mengikut prosedur yang ditetapkan perlembagaan.
00:32Untuk rekod, Rondria Nirina mengambil alih tampuk kepimpinan negara kepulauan di lawatan hindi itu,
00:37susulan siri protes yang memaksa penyandangnya, Henry Rajolina, meletak jawatan sebelum melarikan diri ke luar negara pada Oktober lepas.
00:45Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu tahun lalu berkata lebih 20 terbunuh manakala lebih 100 cedera dalam demonstrasi
00:52yang diinspirasikan oleh protes Gen Z di Kenya dan Nepal.
00:57Ia juga merupakan protes terbesar di Madagascar sejak beberapa tahun
01:00dan merupakan cabaran paling serius dihadapi Rajolina sejak dilantik semula pada 2023.
01:07Pada akhir Februari, Rondria Nirina memberi bayangan pilihan raya di bawah gagasan
01:11pembentukan semula Republik Madagascar akan diadakan pada tahun 2027.
Comments