Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026 mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat apabila seramai 3,300 golongan memerlukan di Kuala Lumpur menerima bantuan tunai RM200 setiap seorang bagi meringankan beban sepanjang bulan Ramadan.
Transcript
00:00Bantuan Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan 2026 menjadi bukti keprihatinan kerajaan apabila seramai 3,300 golongan memerlukan di Kuala Lumpur menerima
00:10bantuan tunai RM200 setiap seorang bagi meringankan beban sepanjang bulan Ramadhan.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanahyuh berkata, program itu mencerminkan komitmen kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian
00:26khususnya kepada golongan yang memerlukan.
00:32Menurutnya, pembangunan tidak seharusnya hanya diukur melalui kemajuan fizikal semata-mata tetapi juga melalui kesejahteraan komuniti.
00:41Ramadhan juga menjadi satu waktu yang mengingatkan kita semua tentang nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.
00:51Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap wilayah Persekutuan, saya melihat sendiri bagaimana nilai-nilai ini terus hidup
01:01dalam komuniti kita di Kuala Lumpur.
01:03Di sebuah kota yang sentiasa sibuk seperti Kuala Lumpur, Ramadhan mengingatkan kita bahawa sebuah bandar bukan sekadar tentang bangunan tinggi
01:12ataupun pembangunan fizikal.
01:14Sebuah bandar yang baik ialah bandar yang memastikan komuniti saling menjaga dan tiada sesiapa yang terpinggir.
01:23Selain bantuan tunai, Jabatan Wilayah Persekutuan turut menyalurkan sumbangan khas RM5,000 kepada Masjid Wilayah Persekutuan, Sekolah Rendah Agama Ibnu
01:32Hatir dan Madrasah Mambul Ulum dalam menyokong usaha pembangunan komuniti.
Comments

Recommended