00:00Kerajaan ketika ini mengekalkan dasar fiskal sedia ada di samping memantau rapat perkembangan konflik geopolitik global yang berpotensi memberi kesan
00:08kepada harga minyak serta ekonomi negara.
00:12Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mahmud Nasir berkata, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dengan menilai tahap kesirisan dan tempoh semua konflik
00:21yang berlarutan sebelum mempertimbangkan sebarang langkah tambahan.
00:27Katanya, kedudukan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan serta status negara sebagai pengekspor minyak bersih membantu mengukuhkan keyakinan terhadap kestabilan ekonomi.
00:37Beliau berkata kerajaan turut mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Keuangan, Petronas, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Luar bagi
00:46mendapatkan gambaran perkembangan global terkini.
00:50Akmal Nasrullah berkata, konflik geopolitik boleh memberi kesan kepada kos logistik dan pengangkutan.
00:57Ini termasuk premium insurans perkapalan, khususnya melibatkan laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz.
01:04Keadaan di Asia Barat semakin meruncing sejak 28 Februari lalu apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran.
Comments