00:00Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan mana-mana bentuk provokasi yang dilakukan dengan niat jahat untuk memecah belahkan rakyat.
00:09Timbalan Menterinya Yunus Warren Ramaraj berkata, Perpaduan Negara bukan bahan mainan politik, apatah lagi alat untuk meraih perhatian atau sokongan.
00:21Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata pihaknya memandang serius perkembangan mutahir yang menunjukkan peningkatan kandungan berunsur provokasi berkaitan kaum
00:30dan agama yang berpotensi menggugat keharmonian serta ketentraman masyarakat.
00:35Tegasnya polis perlu mengambil tindakan keras terhadap individu yang didapati mengancam keselamatan awam melalui kenyataan atau kandungan yang boleh mencetuskan
00:43ketegangan antara kaum dan agama.
00:45Beliau turut menggesa Jabatan Peguam Negara mendakwa dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terbukti menggugat keharmonian masyarakat.
00:54Hujanya peruntukan undang-undang sedia ada perlu digunakan sepenuhnya termasuk Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, Seksyen 233 Akta
01:05Komunikasi dan Multimedia 1998, SOSMA dan POCA.
01:08Kata Eunice Warren, pemantauan terhadap kandungan media sosial juga perlu diperkukuh melalui pendekatan lebih agresif dan proaktif.
01:17Katanya Kementerian Perpaduan komited untuk berperanan sebagai pemudah cara dan pengantara antara agensi dalam memastikan sebarang isu sensitif dapat ditangani
01:26secara teratur dan berkesan.
01:27Terima kasih.
Comments