00:00Seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Yunizah, Kampus Besut, ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Gelam Emas, Jertih,
00:09Pagi Selasa.
00:10Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaimi Abdul Rahim berkata, berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih 24
00:18jam sebelum ditemukan.
00:22Pensyarah Fakulti Biosumber dan Industri Makanan FBIM, Tajul Afif Abdullah, 49 tahun, ditemukan pada 9.38 pagi selepas dua rakannya
00:32mencarinya kerana tidak datang bekerja sejak Isnin.
00:36Mohd Rozaimi dalam kenyataan berkata, dua pensyarah yang mencarinya menghidu bau busuk dari luar rumah dan menghubungi polis.
00:43Bomber dipanggil untuk membuka pintu kerana berkunci dari dalam.
00:46Pensyarah itu kemudian ditemukan di tandas di bilik utama dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut.
00:53Tambah Rozaimi, siasatan polis mendapati kematian lelaki yang mempunyai sejarah penyakit jantung itu tiada unsur jenayah.
Comments