00:00Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan pengeluaran minyak yang bergantung kepada laluan selat hormus bakal terhenti sepenuhnya dalam tempoh sebulan. Beliau
00:10turut memberi amaran mengenai risiko besar ditimbulkan oleh konflik AS dan Israel terhadap Iran yang menggoncang pasaran tenaga global.
00:22Katanya kira-kira satu per tiga ekspor minyak global melalui laut merentasi selat hormus pada tahun lalu di mana ia
00:29bersamaan kira-kira 14 juta tong sehari dan 80% daripadanya dihantar ke negara Asia dan Pasifik.
00:38Kini katanya laluan itu secara de facto telah ditutup. Pengeluaran minyak yang bergantung kepada selat itu berisiko terhenti sepenuhnya dalam
00:46tempoh sebulan akan datang.
00:48Laporan menyebut trafik melalui selat berkenaan merosot sekitar 80% sepanjang minggu lalu selepas AS dan Israel melancarkan kempen pengeboman
00:58terhadap Iran sekaligus mencetuskan serangan balas dari Tehran.
01:03Beberapa kapal tangki minyak turut dilaporkan terkena serangan dalam konflik itu.
01:07Perkembangan tersebut melonjakkan harga minyak mentah melebihi 100 dolar Amerika iaitu RM393.34 setung serta mencetuskan jangkaan langkah kecemasan tenaga
01:20oleh kesatuan Eropah, EU dan ekonomi utama lain.
01:23Putin berkata harga minyak global sudah mula meningkat dengan kenaikan melebihi 30% hanya dalam tempoh seminggu lalu.
01:32Katanya gangguan bekalan tenaga juga meningkatkan inflasi serta menyebabkan kemerosotan pengeluaran industri.
01:39Ujah beliau, dunia kini berdepan kemungkinan memasuki realiti harga baru amaran yang disifatkan Putin sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
01:50Menurutnya, Rusia kekal sebagai pembekal tenaga boleh dipercayai dan akan terus menyediakan minyak serta gas kepada negara yang dianggapnya sebagai
02:00rakan yang boleh dipercayai.
Comments