00:00Dalam pada itu, di Thailand, Perdana Menteri Sementara Anutin Chan Virakul mengarahkan agensi kerajaan dan perusahaan negeri untuk segera melaksanakan
00:08pengaturan kerja dari rumah, work from home, bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.
00:15Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand Lalida Pratwiwathana berkata, arahan itu terpakai untuk jabatan yang tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam sebagai antara
00:24langkah meningkatkan kecekapan pengurusan sumber sektor awam.
00:27Beliau berkata Perdana Menteri juga telah mengarahkan agensi untuk menangguhkan lawatan sambil belajar ke luar negara dan program latihan serta
00:35aktiviti seperti itu dijalankan secara domestik.
00:38Beliau menambah pihak berkuasa akan memantau dengan teliti perkembangan situasi ekonomi dan tenaga global untuk memastikan dasar boleh diselaraskan sewajarnya
00:46dan tepat pada masanya.
Comments