Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kapal perang Britain HMS Dragon dihantar ke Mediterranean selepas pangkalan British di Cyprus diserang dron buatan Iran, ketika UK menegaskan tidak akan menyertai operasi ofensif dalam konflik yang kini merebak di rantau itu.
Transcript
00:00Kapal Perang Britain HMS Dragon berlepas dari Portsmouth pada hari Selasa dan kini dalam perjalanan menuju ke Cyprus membawa kira
00:09-kira 200 orang kru.
00:11Perdana Menteri Britain, K. Stammer mengesahkan minggu lalu bahawa kapal pemusnah Type 45 itu akan dikerahkan ke rantau Mediterranean selepas
00:20pangkalan British di Akrotiri, Cyprus diserang oleh drone buatan Iran.
00:27Stammer juga memaklumkan helikopter Wildcat dengan keupayaan menentang drone akan dihantar ke rantau tersebut sebagai sebahagian daripada operasi pertahanan.
00:36Stammer menegaskan bahawa United Kingdom tidak akan menyertai perang bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.
00:43Perdana Menteri pada mulanya menghalang pesawat Amerika daripada menggunakan pengkalan British untuk melancarkan serangan ke atas Iran.
00:49Beliau kemudian bersetuju untuk membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan di England dan di Diego Garcia di Lautan Hindi untuk melancarkan
00:58peluru berpandu balistik Iran dan lokasi simpanannya tetapi bukan untuk menyerang sasaran lain.
01:04Perang tersebut bermula pada 28 Februari dengan serangan udara bersama Amerika Israel ke atas Iran.
01:10Sejak itu, konflik telah merebak ke rantau lebih luas dengan Iran menyerang negara-negara jirannya di Teluk.
01:15Israel turut melancarkan serangan ke atas Hezbollah di selatan Lubnan dan Beirut.
Comments

Recommended