00:00Malaysia menamatkan saingan kumpulan B dalam acara kuadran di kedudukan teratas selepas menewaskan Jepun pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di Ibu Negara pada Ahad.
00:15Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu Malaysia yang mempertaruhkan Amirul Zazwan Amir, Nur Faizul Abdul Razak, Mohd Syaril, Aiman Halim dan Mohd Fitri Mohd Azwadi diberikan tentangan sengit seawal permainan sebelum bangkit mencuri mata kemenangan set pertama 17-15.
00:35Umpanan Amirul Zazwan yang disambut dengan rejaman Mohd Afifuddin pada mata akhir tidak mampu ditampan sempurna oleh pemain Jepun sekaligus akur memberikan kemenangan mutlak 15-10 kepada Malaysia.
00:50Kuadran Negara yang dibimbing Mohd Zulkarnain Abdul Rahman akan beraksi dalam saingan separuh akhir pada Isnin dan pasukan lawan hanya diketahui sejurus perlawanan peringkat kumpulan I membabitkan Korea Selatan dan Vietnam berakhir Ahad malam.
Comments