Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Polis menyita 98 motosikal dalam Op Tutup Samseng Jalanan Bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bermula dari bulatan Seberang Jaya hingga ke Sama Gagah, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi, pada Sabtu.
Transcript
00:00Polis menyita 98 motosika dalam ob tutup samsing jalanan bersepadu yang dijalankan di Leboraya Utara Selatan Plus bermula dari Bulatan Seberang Jaya hingga ke Samagagah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi bersabtu.
00:15Ibu pejabat polis daerah IPD Seberang Peraih Tengah, SPT, dalam kenyataan memaklumkan operasi itu bertujuan membantras kegiatan samsing jalanan marmpit yang sering menjadi kawasan tersebut sebagai lokasi berhimpun dan berlumba haram.
00:30Dalam operasi itu, sebanyak 350 motosikal telah diperiksa dan 245 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan.
00:37Polis turut menahan 9 orang di bawah Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.
00:47Dalam operasi itu juga, polis telah mengesan beberapa kumpulan remaja yang berkumpul di tepi Leboraya untuk menyaksikan perlumbaan motosikal.
00:54Memandangkan kegiatan berkenaan berlaku pada cuti hujung minggu, ia menyebabkan kegusaran kepada pengguna lain.
01:01Menurut kenyataan itu, antara perbuatan berbahaya dilakukan termasuk berlumba dengan kelajuan tinggi, menunggang secara melawan arus, menunggang secara zigzag serta membuat bunyi bising dengan eksos yang diubah suai sehingga boleh membahayakan diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain.
01:16Operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPDSPT, Balai Polis Berang Jaya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Kontingen Pulau Pinang, Unit Peronda Leboraya EMPV Bukit Aman dan Polis Bantuan Plus.
01:32Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan bersama serta menegaskan operasi tersebut akan diteruskan.
Comments

Recommended