00:00Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi meminta semua ahli terutama generasi muda untuk terus menyumburkan semangat juang dan bangkit bersama parti itu yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-79 hari ini.
00:14Timbalan Perdana Menteri itu berkata ahli parti haruslah memperbarui tekad dan iltizam serta mempertahankan delegasi dan warisan selain bersiap-siaga untuk memimpin Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif dan adil.
00:27Katanya menerusi hantaran Facebook, UMNO telah melalui hampir 8 dekad perjuangan dan dengan kesatuan dan keberanian akan terus membawa parti itu ke abad yang kedua sebagai parti yang membina bukan membinasakan.
00:40Ahmad Zaid berkata UMNO merupakan wadah perjuangan rakyat yang lahir daripada semangat kebangsaan, keikhlasan dan keberanian anak watan yang menolak penjajahan bagi menuntut kemerdekaan.
00:50Malah sejak 1946, beliau berkata UMNO telah menjadi tiang seri kepada pembentukan negara bangsa Malaysia.
00:58Ahmad Zaid berkata walaupun diuji dengan pelbagai cabaran seperti pepecahan, persepsi, politik fitnah dan gelombang perubahan, UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya.
01:08Bahkan hari ini UMNO kembali menjadi tunjang kestabilan dalam kerajaan perpaduan memperjuangkan agenda pembangunan yang inklusif dan sejahtera untuk seluruh rakyat Malaysia.
01:17Ahmad Zaid berkata 79 tahun bukanlah usia yang kecil dan ia merupakan lambang kematangan dan kekuatan akar perjuangan selain telah melahirkan generasi pemimpin, membangunkan institusi, menegakkan keadilan sosial dan memberi harapan kepada rakyat di kota mahupun di desa.
01:35Beliau turut menzahirkan penghagaan dan ucapan selamat hari ulang tahun ke-79 UMNO kepada seluruh ahli parti di setiap peringkat yang sentiasa setia berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments