• 25 minutes ago
Lebih 7,400 PKS ahli MATRADE menjana eksport RM63.6 bilion, menyokong lebih 383,000 pekerjaan dan mencatat lebihan dagangan RM12.04 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perusahaan kecil dan sederhana PKS Malaysia menjana ekspor bernilai RM63.6 bilion, menyokong lebih 383,000 peluang pekerjaan.
00:10Pencapaian yang melibatkan lebih 7,400 PKS ahli Matrid itu termencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM12.04 bilion.
00:19Menurut Matrid, daripada jumlah itu, 7,211 PKS menyumbang RM57.29 bilion menerusi ekspor produk bukan elektrik dan elektronik.
00:30Ia merangkumi produk makanan di proses bahan kimia, mesin peralatan, produk logam serta barangan pembuatan berasaskan minyak sawit.
00:38Prestasi itu dicatatkan ketika ekspor negara meningkat 37.1% kepada RM1.811 triliun bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026,
00:51pertumbuhan paling kukuh bagi tempoh sama sejak 1990.
00:55Ketua Pegawai Eksekutif Matrid, Datuk Abu Bakar Yusuf berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan PKS tempatan untuk bersaing dan menyumbang dalam
01:03rantaian nilai global.
01:04Katanya, Matrid akan mempergiat penyertaan syarikat tempatan dalam pameran perdagangan antarabangsa bagi mendapatkan kontrak global bernilai tinggi.
01:14Agensi itu juga akan memperkasa program pembangunan keupayaan menerusi Akademi Matrid khususnya dalam aspek operasi dan kemahiran teknologi.
01:24Matrid menyasarkan sumbangan PKS yang lebih besar kepada ekspor negara sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam perdagangan global.

Recommended