00:00Pendidikan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP
00:03melaksanakan pengambilan guru melalui dua kategori lantikan
00:07iaitu lantikan kontrak interim dan juga lantikan contract of service
00:13yang mana masing-masing mempunyai syarat serta mekanisme pelantikan yang berbeza
00:18sebelum seseorang pegawai itu boleh diberdimbangkan untuk lantikan tetap.
00:24Bagi kategori pegawai perkhidmatan pendidikan lantikan contract of service
00:28ataupun COS, pengambilan ini dilaksanakan dalam kalangan graduan bukan pendidikan.
00:34Mereka dikehendaki melengkapkan kelayakan ikhtisas pendidikan iaitu diploma pendidikan
00:40dalam tempoh kontrak dua tahun sebelum boleh diperakukan oleh KPM kepada SPP
00:47untuk menjalani temuduga bagi tujuan pelantikan sebagai guru lantikan tetap.
00:52Bagi COS tahun 2023, seramai 5,632 orang
00:58pegawai perkhidmatan pendidikan telah menerima surat tawaran pelantikan tetap
01:04daripada SPP dan kesemua mereka akan menerima arahan penempatan
01:09secara serentak dengan PPP yang lain pada bulan Desember 2026 ini.
01:16Manakala ada seramai 179 orang pegawai perkhidmatan pendidikan
01:22masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum boleh dilantik secara tetap.
01:28Bagi lantikan COS pemula tahun 2025, setakat ini pegawai perkhidmatan pendidikan
01:35yang perkenaan masih dalam peringkat untuk memenuhi syarat ikhtisas masing-masing.
01:40Sementara itu, bagi kategori lantikan kontrak interim,
01:45pelantikan ini mula dilaksanakan pada 1 hari bulan Mac 2024
01:50oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
01:53bagi graduan yang telah memiliki kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan.
01:58Untuk maklumat Ali yang berhormat,
02:00pelantikan secara lantikan kontrak interim ini merupakan kaedah lantikan interim
02:05dalam perkhidmatan awam ketika kerajaan sedang memuktamadkan
02:10kaedah baharu pelantikan tetap bagi penjawat awam baharu.
02:15Pendekatan ini adalah terpakai untuk semua skim perkhidmatan awam.
02:20Dari 30 September 2024 sehingga 31 Ogos 2026,
02:26seramai 29,784 orang pegawai perkhidmatan pendidikan
02:34di KPM telahpun dilantik secara lantikan kontrak interim.
02:39Dalam hal ini, KPM akan terus memastikan
02:42proses pengurusan dan peralihan status perkhidmatan PPP
02:46dilaksanakan berdasarkan syarat kelayakan,
02:49peraturan serta mekanisme pelantikan yang berkuat kuasa
02:52dengan menggambil kira keperluan perkhidmatan pendidikan
02:56dan kesinambungan penyampaian pendidikan negara.
02:59Sekian terima kasih dan Sri Speaker.
03:04Terima kasih kerana menonton!