• 10 minutes ago
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, walaupun Cukai Minimum Global (GMT) mula dilaksanakan di Malaysia pada Januari 2025, kelewatan menerima kutipan tersebut adalah susulan tempoh pelaporan kewangan bagi syarikat multinasional.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan dijangka mula menerima hasil kutipan cukai minimum global GMT selepas Jun 2027, walaupun pelaksanaannya bermula pada Januari 2025.
00:11Timbalan Menteri Kewangan Liu Chin Tong berkata, kelewatan itu sesudahan tempoh pelaporan kewangan syarikat multinasional yang mempunyai tarikh akhir pengembukaan
00:19dan pembayaran selama 18 bulan selepas tamat tempoh penyata kewangan disatukan.
00:26GMT mewajibkan kumpulan syarikat multinasional dengan hasil global sekurang-kurangnya 750 juta euro setahun membayar kadar cukai efektif minimum 15
00:36% di setiap negara operasi mereka.
00:39Inisiatif yang diterajui OECD bersama negara G20 itu bertujuan menanggani amalan pemindahan keuntungan ke negara yang mengenakan cukai rendah atau
00:48sifar.
00:49Setakat Oktober 2026, kira-kira 65 negara dan bidang kuasa telah melaksanakan peraturan berkenaan.
00:56Sementara itu, mengulas mengenai cukai PMKS, Chin Tong berkata kerajaan melalui Belanjawat 2027 turut mengurangkan kadar cukai pendapatan kumpulan tersebut.
01:06Kadar cukai bagi RM150,000 pertama, pendapatan bercukai diturunkan daripada 15 kepada 14% manakala pendapatan antara RM150,001 hingga
01:17RM600,000 dikenakan kadar 16 berbanding 17% sebelum ini.
01:23Langkah itu dijangka memberi penjimatan cukai sehingga RM6,000 kepada PMKS, kaligus membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan aliran tunai
01:33perniagaan.
01:34Katanya, kerajaan menyasarkan sistem pencukaian yang lebih saksama di samping memastikan insentif pelaburan memberi manfaat kepada ekonomi dan tenaga kerja
01:44tempatan.

Recommended