• 6 minutes ago
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, semua aspek berkaitan dinilai bagi memastikan keterjaminan bekalan air kepada pengguna sedia ada sentiasa terpelihara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiap cadangan pembangunan pusat data di Malaysia dinilai menerusi pasukan petugas pusat data dengan mengambil kira ketersediaan sumber air, kapasiti
00:09sistem bekalan air serta keperluan pengguna sedia ada di kawasan terbabit.
00:14Di malam Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, semua aspek penggunaan dinilai untuk memastikan
00:21keterjaminan bekalan air kepada pengguna sedia ada sentiasa terpelihara.
00:26Sekiranya kapasiti sistem tidak mencukupi atau pembangunan tersebut berpotensi menjejaskan rezab majin bekalan air, cadangan berkenan tidak akan disokong untuk
00:41diteruskan sehingga keperluan kapasiti bekalan air dapat ditangani.
00:46Selain kawalan dari aspek kapasiti bekalan, Suranjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN, turut menetapkan beberapa keperluan khusus bagi pembangunan pusat data
00:58melalui garis panduan bekalan air bagi pembangunan pusat data.
01:02antaranya, satu, menggunakan, menggalakkan dan meneroka penggunaan sumber air alternatif seperti air pulih guna, air kita semula, serta sistem penerayaan
01:15air hujan bagi tujuan penyejukkan cooling system di pusat data.
01:20Abdul Rahman berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Muhammad Bahtial Wancik PH Balik Pulau mengenai langkah dan mekanisme kerajaan dalam
01:30memastikan pertubuhan pesat industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.
01:35Menurut Abdul Rahman, menerusi mekanisme penilaian kapasiti, penggunaan sumber air alternatif, tanggungjawab pemaju terhadap infrastruktur, serta kawalan penggunaan dan permintaan
01:47air, pembangunan pusat data boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air kepada rakyat.
01:54Menurut statistik pasukan petugas pusat data, dari tahun 2025 hingga Jun tahun ini, sebanyak 24 projek pusat data telah diluluskan.
02:02Daripada jumlah itu, 10 projek diluluskan di Selangor, 1 di Negeri 9 dan 13 projek di Johor.

Recommended