00:00Pertumbuhan ekonomi negara tidak semestinya mencerminkan peningkatan taraf hidup rakyat.
00:05Timbalan Menteri Kewangan Liu Chin Tong berkata, kerajaan akan memberi perhatian kepada baki pendapatan isi rumah
00:11selepas ditolak komitmen bulanan bagi mengukur sejauh mana pertumbuhan ekonomi memberi manfaat kepada rakyat.
00:18Chin Tong berkata, penilaian kesejahteraan rakyat perlu mengambil kira pendapatan boleh guna,
00:23perbalanjaan keperluan asas dan kemampuan isi rumah untuk menabur.
00:27Tambahnya, pendekatan itu juga perlu disesuaikan mengikut kumpulan pendapatan dan lokasi tempat tinggal.
00:34Menjawab soalan di Dewan Rakyat, beliau mengakui kolongan berpendapatan rendah pekerja dengan tanggungan tinggi dan peniaga kecil
00:40masih berdepan tekanan kewangan walaupun ekonomi negara terus berkembang.
00:45Penengah pulanan isi rumah meningkat kepada RM7,017 pada 2024 berbanding RM6,338 pada 2022.
00:54Jumlah pekerja turut meningkat kepada 16.6 juta orang pada 2025 dengan kadar pengangguran menurun kepada 3%.
01:02Menurut Chin Tong, bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dirasai rakyat,
01:08kerajaan memberi tumpuan kepada lima bidang utama termasuk kenaikan pendapatan sebenar melalui dasar gaji progresif,
01:16peningkatan kemahiran, melindungi kuasa beli menerusi bantuan bersasar serta mempukukkan produktiviti perniagaan kecil.
01:24Pada masa sama, penguatkuasaan harga dan jaminan bekalan keperluan asas turut diberi perhatian.
01:30Katanya, matlamat utama kerajaan bukan sekadar memacu pertumbuhan KDNK,
01:35tetapi memastikan rakyat mempunyai pendapatan lebih tinggi untuk memenuhi keperluan harian
01:41serta membina kedudukan kewangan yang lebih kukuh.
01:45Terima kasih telah menonton!