• 12 minutes ago
Firma penyelidikan BIMB Securities menjangka harga kereta bukan nasional, khususnya model import, berisiko meningkat pada 2027 sekiranya kerajaan mengubah kaedah pengiraan cukai eksais berdasarkan nilai pasaran terbuka (OMV).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga kereta bukan berjenama tempatan khususnya model import CBU berisiko meningkat tahun depan susulan kemungkinan perubahan kaedah pengiraan cukai eksais
00:10berdasarkan nilai pasaran terbuka atau OMV.
00:13Menurut firma pendidikan BIMB Securities, ketidaktentuan mengenai pelaksanaan kaedah baru itu menjadi antara faktor utama yang bakal mempengaruhi industri otomatif
00:22negara tahun depan.
00:25Katanya perubahan tersebut berisiko meningkatkan harga kenderaan import sekaligus menambah tekanan kepada pengedar yang berdepan persaingan harga dan margin keuntungan
00:35yang semakin kecil.
00:37Firma itu bagaimanapun berkata, kadar kenaikan harga dan tarikh pelaksanaan kaedah baru itu masih belum dimuktamadkan.
00:44Dari segi jualan, BIMB Securities menjangkakan jumlah keseluruhan industri otomotif Malaysia menurun kepada antara 800,000 hingga 820,000 unit
00:56pada 2027 berbanding onjuran 830,000 unit tahun ini.
01:01Dalam segmen kenderaan elektrik EV, Proton IMAS terus mengukuhkan kedudukan dengan menguasai 61.3% pasaran pada Oktober didahului modal
01:12IMAS 5 yang merekodkan 2,262 pendaftaran.
01:17Namun, keseluruhan pendaftaran EV menyusui 23.8% kepada 4,592 unit pada bulan berkenaan, manakala kenderaan hybrid meningkat 79
01:29% kepada 5,023 unit.
01:32Sementara itu, Peradua dijangka terus menjadi pemacu industri dengan pelancaran MyV generasi Baharu pada awal 2027 dijangka menyokong jualan.
01:41Syarikat itu masih mempunyai kira-kira 40,000 tempahan tertunggak mencerminkan permintaan yang kekal kukuh.
01:50Justru, BIMB Securities mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor otomotif dengan menjangkakan pertumbuhan jualan yang lebih sederhana pada 2027.
02:01Perubahan dasar cukai, persaingan harga dan peralihan permintaan antara EV, hybrid dan konvensional dijangka menjadi faktor penentu hala tujuh industri
02:10tersebut tahun hadapan.
02:11Terima kasih telah menonton!

Recommended